Monday, August 9, 2010
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. SEMOGA KEBERKATAN DIPEROLEHI SEPANJANG RAMADHAN INI. AMINN
Monday, August 2, 2010
Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Daerah Batu Pahat 2010
2 - 4 Ogos 2010 - Kursus Pemantapan Pedagogi bagi guru-guru Sains Tahun 4 sedang berlangsung di PKG Senggarang. Kursus selama 3 hari ini menekan pendekatan kaedah pedagogi yang diguna pakai dalam pengajaran Sains. Kepada semua peserta diucapkan tahniah atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Wednesday, July 21, 2010
Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah
12 Julai 2010 - Kursus untuk JU Sains Daerah Negari Johor telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai 2010 yang lalu bertempat di hotel Pelangi Muar . Seramai 60 orang Ju sains dan matematik terlibat dalam kursus ini.
Segala bahan kursus boleh didapati dengan klik di SINI.
Wednesday, July 7, 2010
Bahan Sains Sekolah Rendah
Segala bahan berkaitan dengan sains akan saya kumpulkan dalam satu blog yang khas untuk subjek itu sahaja.Kerja kemas kini sedang dijalankan , walau bagaimanapun blog itu telah pun boleh diekses.Untuk link ke blog tersebut sila klik di bawah
Terima kasih atas sokongan anda.
Tuesday, June 22, 2010
Jalan jem teruk
22 Jun 2010 - Kesesakan lalu lintas yang amat teruk berlaku di persimpangan Empat jalan Zaharah ( Simpang masuk ke high School dan montfort ) pada pagi ini. Admin sendiri telah tersangkut dalam kesesakan ini selama 20 minit. Kesesakan ini mungkin berpunca daripada sikap pemandu yang mengabaikan peraturan lalu lintas dan hujan lebat yang turun sejak daripada awal pagi. atau mungkin juga sikap ibu bapa yang menghentikan kenderaan terlalu lama sewaktu menurunkan anak mereka ke sekolah. Jadi patuhilah peraturan jalan raya dan bertimbang rasalah semasa memandu kenderaan anda.
Wednesday, June 9, 2010
Monday, June 7, 2010
Lawatan keluarga ke Terengganu
29 Mei 2010 - Lawatan keluarga sempena majlis penkahwinan saudara terdekat telah berlangsung dengan meriah di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu . Jenis hidangan adalah nasi kawah dan gulai daging kawah berserta ikan masin dan acar timun. Begitu enak sekali jamuan yang disediakan. Keistimewaan cara makan di sana adalah makan menatang pinggan. Masa yang terluang digunakan untuk membawa keluarga ke Pasar Payang, Masjid Kristal , TTI dan Masjid terapung .Kepada kedua pengantin diucapkan selamat pengantin baru semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Insya Allah.
Sunday, May 9, 2010
Rakaman peristiwa sambutan ulangtahun kelahiran
6 Mei 2010 - Antara rakaman peristiwa apabila anak-anak murid datang dan meraikan ulangtahun kelahiran cikgunya. Yang menariknya semua juadah disumbangkan oleh anak-anak didik. terima kasih semua. Jasa kalian tidak akan dilupakan.
Wednesday, May 5, 2010
KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JSU SIRI 3
29 April 2010 - Kursus Bina Item dan JSU siri ke 3 telah dijalankan di PKG Bagan untuk guru-guru Zon Bandar dan Bagan.
KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JSU SIRI 4
6 Mei 2010 - Kursus JSU dan bina Item siri ke 4 dan terakhir telah dijalankan di PKG Pintas Puding. Zon yang terlibat adalah Air Hitam dan Pintas Puding.
Subscribe to:
Posts (Atom)

