SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Wednesday, July 21, 2010

Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah


12 Julai 2010 - Kursus untuk JU Sains Daerah Negari Johor telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai 2010 yang lalu bertempat di hotel Pelangi Muar . Seramai 60 orang Ju sains dan matematik terlibat dalam kursus ini.
Segala bahan kursus boleh didapati dengan klik di SINI.

Wednesday, July 7, 2010

Bahan Sains Sekolah Rendah


Segala bahan berkaitan dengan sains akan saya kumpulkan dalam satu blog yang khas untuk subjek itu sahaja.Kerja kemas kini sedang dijalankan , walau bagaimanapun blog itu telah pun boleh diekses.Untuk link ke blog tersebut sila klik di bawah
Terima kasih atas sokongan anda.

Tuesday, June 22, 2010

Jalan jem teruk

22 Jun 2010 - Kesesakan lalu lintas yang amat teruk berlaku di persimpangan Empat jalan Zaharah ( Simpang masuk ke high School dan montfort ) pada pagi ini. Admin sendiri telah tersangkut dalam kesesakan ini selama 20 minit. Kesesakan ini mungkin berpunca daripada sikap pemandu yang mengabaikan peraturan lalu lintas dan hujan lebat yang turun sejak daripada awal pagi. atau mungkin juga sikap ibu bapa yang menghentikan kenderaan terlalu lama sewaktu menurunkan anak mereka ke sekolah. Jadi patuhilah peraturan jalan raya dan bertimbang rasalah semasa memandu kenderaan anda.

Wednesday, June 9, 2010

Jadual Perlawanan Bola World Cup 2010

Klik gambar untuk lebih jelas.

Monday, June 7, 2010

Lawatan keluarga ke Terengganu



29 Mei 2010 - Lawatan keluarga sempena majlis penkahwinan saudara terdekat telah berlangsung dengan meriah di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu . Jenis hidangan adalah nasi kawah dan gulai daging kawah berserta ikan masin dan acar timun. Begitu enak sekali jamuan yang disediakan. Keistimewaan cara makan di sana adalah makan menatang pinggan. Masa yang terluang digunakan untuk membawa keluarga ke Pasar Payang, Masjid Kristal , TTI dan Masjid terapung .Kepada kedua pengantin diucapkan selamat pengantin baru semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Insya Allah.

Sunday, May 9, 2010

Rakaman peristiwa sambutan ulangtahun kelahiran

6 Mei 2010 - Antara rakaman peristiwa apabila anak-anak murid datang dan meraikan ulangtahun kelahiran cikgunya. Yang menariknya semua juadah disumbangkan oleh anak-anak didik. terima kasih semua. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

update blog..........


Lama dah tak update blog ini.....................
sebab ada yang nak diuruskan baru-baru ini.....

Wednesday, May 5, 2010

KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JSU SIRI 3

29 April 2010 - Kursus Bina Item dan JSU siri ke 3 telah dijalankan di PKG Bagan untuk guru-guru Zon Bandar dan Bagan.

KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JSU SIRI 4

6 Mei 2010 - Kursus JSU dan bina Item siri ke 4 dan terakhir telah dijalankan di PKG Pintas Puding. Zon yang terlibat adalah Air Hitam dan Pintas Puding.

Wednesday, April 28, 2010

Pemurnian Bahan UPSR 2010

29 April 2010 - Bengkel pemurnian Bahan klon UPSR 2003 - 2009 mengikut aras anjuran PPD Batu Pahat telah diadakan di PKG Penggaram. 3 subjek terlibat dalam program ini iaitu Sains, Matematik, BI . Selamat mengumpul  bahan bagi ketua-ketua setiap subjek.

KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JSU SIRI 2

27 April 2010 - Kali ini Para JU JKD Sains Rendah berkampung pula di PKG Senggarang bagi menjayakan kursus bina item dan JSU Sains. (Zon Penggaram dan Zon Senggarang ).

Wednesday, April 21, 2010

KURSUS PEMBINAAN ITEM DAN JSU SIRI 1

22 APRIL 2010 - Seramai 26 orang guru dari sekolah  Zon Yong Peng dan Parit Sulong terlibat dalam siri 1 Kursus Pembinaan Item dan JSU. Diakhir kursus ini diharapkan agar setiap kumpulan dapat menghasilkan satu koleksi item dari berbagai kunstruk yang dipelajari. Kursus ini dipengerusikan oleh En Jalil bin Rusek GB SK Seri Rengit. JU yang terlibat adalah En Jamsari, En Subari, En Kamaruddin, En Ng You Kuang , Pn Hanita , Pn Zuraidah dan admin sendiri.