Peperiksaan Sains sekolah rendah mengandungi 2 Bahagian.
Bahagian A - Soalan Objektif ( 30 soalan)
Bahagian B - Soalan Subjektif ( 4 hingga 5 soalan)
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.
1. Strategi menghadapi peperiksaan.
2. Strategi menjawab soalan Bahagian A.
3. Strategi menjawab soalan Bahagian B.
4. Lagi strategi menjawab soalan Bahagian B.
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 28, 2009
Biodata
Mohamad Nizam Bin Mahbob , itulah nama diberi. Mendapat pendidikan awal di SK Mampan (sekarang SK Penghulu Salleh) sehingga Darjah 6(1973-1978). Menyambung persekolahan di SMK Dato Onn sehingga Tingkatan 5 (1979 - 1983) . Menyambung pendidikan iktisas di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Memulakan kerjaya sebagai guru di SK Montfort sejak dari 1989 sehingga kini. Terlibat dengan tugasan mengajar, memberi nasihat dan bengkel teknik menjawab soalan sains sehinggalah membantu tugasan daripada pelbagai pihak termasuklah JKD (Sains),LPM, BBT, PPK ,BPG dan yang terbaru MGC Batu Pahat . Ditawarkan untuk menjawat jawatan Guru Cemerlang Sains pada Tahun 2008. Sedang berusaha membantu meningkatkan prestasi SK Montfort terutama dalam subjek Sains. Cuba untuk membangunkan blog khusus untuk membantu para guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran Luar Bilik Darjah
Sebagai seorang pendidik kita tidak seharusnya tertumpu pengajaran di dalam bilik darjah sahaja. Terdapat banyak lokasi yang boleh digunakan sebagai pengganti bilik darjah. Pengajaran luar bilik darjah adalah satu cara yang berkesan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Berikut adalah contoh pengajaran Luar Bilik Darjah.
Berikut adalah contoh pengajaran Luar Bilik Darjah.
klik disini
SKILLS INVOLVED IN TEACHING AND LEARNING SCIENCE PRIMARY SCHOOL
Scientific skills adalah kemahiran yang perlu didedahkan kepada semua murid sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kemahiran Scientific yang perlu didedahkan adalah seperti berikut:-
1. Science Process Skills dan Manipulative skills.
Subscribe to:
Posts (Atom)