SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Saturday, November 26, 2011

Cadangan Perincian Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2012

Perincian Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2012

Wednesday, November 9, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Prestasi Akademik Sekolah JPNJ


 Mesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Prestasi Akademik Sekolah Negeri Johor telah diadakan dengan selamatnya pada 8 hingga 11 November 2011 di Hotel Pelangi Muar. Pegawai yang terlibat adalah Tn Hj Shahilon selaku Penyelaras Program, Pegawai-pegawai daripada JPNJ, PPD serta sebahagian Guru-Guru Cemerlang Menengah dan Rendah Negeri Johor yang terlibat dengan SISC..

Tuesday, July 5, 2011

Panorama Kuala Lumpur




Panorama Kuala Lumpur yang dapat dilihat daripada tingkat 18 hotel grand continental kuala lumpur.

Mesyuarat Penilaian Perlaksanaan SISC bil 1/2011

 4-6 Julai 2011 - Mesyuarat Penilaian Pelaksanaan Kejurulatihan Pengajaran Dan Sesi Bina Upaya Jurulatih Pakar Program School Improvement Specialist Coaches Bil 1/2011 telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur. Seramai 50 orang coaches berkumpul untuk membentangkan isu-isu perlaksanaan, kelemahan dan kekuatan serta strategi penambahbaikan perlaksanaan program SISC.

Saturday, June 25, 2011

Taklimat Program PPG 2011

 25 Jun 2011- Sesi taklimat Program Pensiswazahan Guru ambilan Jun/2011 telah diadakan di IPG Temenggung Ibrahim.Seramai 695 orang bakal mahasiswa telah mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan oleh Pengarah serta pensyarah.

Mesyuarat Pembinaan Modul KAP Tahun 6 Bil 1/2011

21-24 Jun 2011 -Mesyuarat Pembinaan Modul KAP Tahun 6 bil 1/2011 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Tropical Inn Johor Bahru. Modul ini dibina untuk kegunaan murid-murid asli dan penan yang belum menguasai sukatan mengikut Arus Perdana. Mesyuarat ini anjuran Bahagian Pendidikan Guru.

Friday, May 27, 2011

Festival Sains Dan Teknologi Negeri Johor




26 Mei 2011 - Festival Sains Dan Teknologi Negeri Johor telah diadakan dengan selamatnya. Kali ini daerah Segamat menjadi tuan rumah. Saya sendiri terlibat dalam penghakiman Bercerita Sains Tahap 1.

Wednesday, April 20, 2011

Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun


Cerita tarikh Tahun 2011

Kita Akan Mengalami 4 Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun Iaitu 
1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.
Serta Bukan Itu Sahaja,

Cuba Ambil Dua Nombor Terakhir Tahun Kita Di Lahirkan dan Tambah Dengan Umur Kita Pada Tahun Ini, Keputusannya Ialah 111 buat Semua Orang.

Pada Bulan Oktober akan ada 

5 Kali Hari Sabtu,
5 Kali Hari Ahad,
5 Kali Hari Isnin. 
Ini hanya akan berlaku sekali setiap 823 Tahun.

Thursday, March 17, 2011

Hari Anugerah Inovasi PPD Batu Pahat Tahun 2010

Hari Anugerah Inovasi Pejabat Pelajaran Batu Pahat Tahun 2010 telah berlangsung dengan meriah di Dewan SK Parit Raja pada hari sabtu 12 Mac 2011 yang lalu. Seramai 110 orang guru telah menerima anugerah inovasi  yang telah dipertandingkan pada tahun 2010. Majlis anugerah tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Seri Gading YB Datuk Hj Mohamad Bin Hj Aziz.


Saturday, March 5, 2011

Mesyuarat Program SISC Zon selatan 2011

 28 Feb hingga 2 Mac 2011 - Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan aktiviti Kejurulatihan Instructional Program School Improvement Specialist Coach 2011 - Zon Selatan telah diadakan di Regency Tanjung Tuan Port Dickson baru-baru ini. Program ini akan dijalankan di sekolah-sekolah terpilih di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak Selatan. Seramai 84 orang GC telah terpilih dalam program ini. Program ini diwujudkan untuk merealisasikan NKRA  dimana kemenjadian murid perlu difokuskan. Admin antara yang terlibat dalam progrma ini.

Sunday, February 20, 2011

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Keputusan Program Pensiswazahan Guru telah dikeluarkan mulai hari ini 21 Februari 2011.
Tahniah kepada yang berjaya. Yang tidak berjaya, jangan putus harapan, mohon lagi tahun hadapan.
Untuk mengetahui anda tercalon atau tidak sila klik di sini..... PPGKPM

Sunday, February 13, 2011

Larian Perdana Mahkota Tahun 2011

 Sekitar Larian Perdana Mahkota yang diadakan pada 12/02/2011

Tuesday, February 1, 2011

KALENDER PPG 2011

e-PERMOHONAN PPG
Kalender Program Pensiswazahan Guru :-
Bil
Keterangan
Tarikh
Tindakan
1.
 Permohonan dalam talian
 22 November 2010 - 07 Januari 2011
 Pemohon
2.
 Sokongan dalam talian
 12 Januari 2011 - 26 Januari 2011
 Guru Besar/Pengetua
3.
 Pengesahan dalam talian
 27 Januari 2011 - 03 Februari 2011
 JPN
4.
 Semakan permohonan
 15 Februari 2011
 Pemohon
5.
 Pendaftaran
 12 Mac 2011
 Pemohon

Cadangan cuti ganti sempena perayaan 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca blog ini dan semua murid yang berbangsa cina di Malaysia. Semoga Tahun ini lebih ceria dan aman...............