SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Tuesday, September 21, 2010

Kem Skor A UPSR Parlimen Sri Gading

18 September 2010 (sabtu) - Seramai 600 calon UPSR Parlimen Sri Gading telah mengikuti kem Skor A UPSR yang dijalakan selama sehari di UTHM Johor. Murid-murid telah didedahkan teknik menjawab yang betul soalan UPSR dan diberi motivasi supaya menjawab dengan tenang semasa peperiksaan. Kem ini anjuran bersama PPDBP , MGB, UTHM dan Ahli Parlimen Sri Gading. Semoga semua calon yang terlibat dapat menjawab soalan UPSR dengan cemerlang.

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa Keluarga Tok Mat telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Ogos yang baru lalu. Seramai 4 keluarga telah berjaya menghadirkan diri dalam majlis yang setiap tahun dijalankan di rumah Admin. Semoga tali silaturahim dapat dieratkan lagi. insya Allah.

Tuesday, August 24, 2010

Kemerdekaan Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA MALAYSIA KE 53 TAHUN
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Wednesday, August 11, 2010

BAZAR RAMADHAN


11 Ogos 2010- Hari pertama ramadhan di Bazar Ramadhan . Bilangan pengunjung yang bertandang ke sana sangat luar biasa sekali. 

Gelagat burung merpati




Aksi-aksi menarik sekawan burung merpati yang jarang dilihat sekarang nih. Lokasi penempatan burung tersebut adalah berhampiran Kedai Runcit Syazwan ( Pasar Batu Pahat).

Monday, August 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. SEMOGA KEBERKATAN DIPEROLEHI SEPANJANG RAMADHAN INI. AMINN

Monday, August 2, 2010

SOALAN PERCUBAAN UPSR sains

soalan percubaan sains
UPSR
Dapatkan set soalan Percubaan Sains UPSR

Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Daerah Batu Pahat 2010


2 - 4 Ogos 2010 - Kursus Pemantapan Pedagogi bagi guru-guru Sains Tahun 4 sedang berlangsung di PKG Senggarang. Kursus selama 3 hari ini menekan pendekatan kaedah pedagogi yang diguna pakai dalam pengajaran Sains. Kepada semua peserta diucapkan tahniah atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Wednesday, July 21, 2010

Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Rendah


12 Julai 2010 - Kursus untuk JU Sains Daerah Negari Johor telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai 2010 yang lalu bertempat di hotel Pelangi Muar . Seramai 60 orang Ju sains dan matematik terlibat dalam kursus ini.
Segala bahan kursus boleh didapati dengan klik di SINI.

Wednesday, July 7, 2010

Bahan Sains Sekolah Rendah


Segala bahan berkaitan dengan sains akan saya kumpulkan dalam satu blog yang khas untuk subjek itu sahaja.Kerja kemas kini sedang dijalankan , walau bagaimanapun blog itu telah pun boleh diekses.Untuk link ke blog tersebut sila klik di bawah
Terima kasih atas sokongan anda.

Tuesday, June 22, 2010

Jalan jem teruk

22 Jun 2010 - Kesesakan lalu lintas yang amat teruk berlaku di persimpangan Empat jalan Zaharah ( Simpang masuk ke high School dan montfort ) pada pagi ini. Admin sendiri telah tersangkut dalam kesesakan ini selama 20 minit. Kesesakan ini mungkin berpunca daripada sikap pemandu yang mengabaikan peraturan lalu lintas dan hujan lebat yang turun sejak daripada awal pagi. atau mungkin juga sikap ibu bapa yang menghentikan kenderaan terlalu lama sewaktu menurunkan anak mereka ke sekolah. Jadi patuhilah peraturan jalan raya dan bertimbang rasalah semasa memandu kenderaan anda.

Wednesday, June 9, 2010

Jadual Perlawanan Bola World Cup 2010

Klik gambar untuk lebih jelas.

Monday, June 7, 2010

Lawatan keluarga ke Terengganu



29 Mei 2010 - Lawatan keluarga sempena majlis penkahwinan saudara terdekat telah berlangsung dengan meriah di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu . Jenis hidangan adalah nasi kawah dan gulai daging kawah berserta ikan masin dan acar timun. Begitu enak sekali jamuan yang disediakan. Keistimewaan cara makan di sana adalah makan menatang pinggan. Masa yang terluang digunakan untuk membawa keluarga ke Pasar Payang, Masjid Kristal , TTI dan Masjid terapung .Kepada kedua pengantin diucapkan selamat pengantin baru semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Insya Allah.

Sunday, May 9, 2010

Rakaman peristiwa sambutan ulangtahun kelahiran

6 Mei 2010 - Antara rakaman peristiwa apabila anak-anak murid datang dan meraikan ulangtahun kelahiran cikgunya. Yang menariknya semua juadah disumbangkan oleh anak-anak didik. terima kasih semua. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

update blog..........


Lama dah tak update blog ini.....................
sebab ada yang nak diuruskan baru-baru ini.....