SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Friday, November 27, 2009

Kahwin



Bunga apa ? Bunga telur, Bunga apa ? Bunga Telur, Bunga apa ? Bunga telur laaaaaaaaaaaaaa. Musim cuti sekolah ini adalah musim orang buat kenduri kahwin . Peristiwa ini jugalah yang saya akan alami hari ahad nanti,,,, tapi bukan majlis untuk saya, tetapi majlis untuk adik ipar saya. Sebagai abg ipar saya kenalah bantu apa yang patut termasuklah mengikat telur pada bunga. Tapi kali ini tugas saya agak ringan sedikit kerana terdapat ramai askar ( anak buah ) termasuklah anak-anak saya membantu meringankan tugas. harap-harap hari ahad nanti cuaca cerah dan tetamu yang dijemput dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Tugas saya pada hari tersebut adalah merakamkan peristiwa. Tak payah jadi penanggah.

Wednesday, November 25, 2009

Epal Malaysia


EPAL DARI CAMERON HIGHLAND

Ini pula epal tanah rendah

Betul ke tidak nama buah ini 'epal' saya tak pasti kerana saya tidak pernah lihat pokok epal yang sebenarnya. Buah 'epal' ini saya perolehi daripada GPK 1 pada hari semalam . Menurutnya, pokok epal itu mengeluarkan buah seakan-akan buah epal yang sebenar. tetapi bila saya belah buah tersebut terdapat biji yang agak besar didalamnya dan ianya berbeza daripada buah epal sebenar. Rasa buah tersebut seakan-akan buah epal tetapi sedikit kelat. Walaubagaimana pun dapat juga saya rasa buah epal tanah rendah. Tak tahulah nama sebenar buah ini. kalau ada respond sangat-sangatlah dialu-alukan.

Sunday, November 22, 2009

A simple life saving technique in dealing with kitchen oil fire


HOUSE shell





Rumah cengkerang - kekadang kita tidak terfikir untuk membina rumah berbentuk cengkerang. Tetapi itulah hakikatnya, hanya orang-orang yang kreatif sahaja mampu melakukan dan yang paling penting adalah ongkosnya...

MENGAPA SJKC BOLEH BERJAYA DALAM SAINS



Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Batu Pahat telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam Sains UPSR. Ramai murid (kira-kira 50 % murid) SJKC telah mendapat keputusan yang cemerlang ( A ) dalam subjek tersebut. berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada temubual dengan guru-guru Sains SJKC yang pencapaian A nya tinggi .


Friday, November 20, 2009

Cerita Sains UPSR

Keputusan UPSR telah diumumkan. Debaran di dada telahpun reda. Ada gembira ada duka. Terdapat 2 perkara yang merungsingkan saya berkenaan UPSR tahun ini. Perkara pertama adalah untuk menjaga prestasi Sains sekolah agar tidak jatuh merudum dan yang kedua adalah anak saya juga mengambil peperiksaan UPSR tahun ini.
Perkara yang menggembirakan saya ketika keputusan UPSR sekolah diumumkan adalah 29 orang murid telah berjaya mendapat A dalam sains tahun ini berbanding 26 sahaja pada tahun lalu. Perkara kedua yang menggembirakan saya adalah anak saya juga mendapat A dalam subjek sains.
Ada sedikit kedukaan menyelubungi saya ketika ini . Iaitu peratus lulus sains menurun iaitu 81 orang sahaja lulus sains tahun ini berbanding 90 orang pada tahun lalu. Peratus lulus sains juga turun daripada 87.4% turun kepada 86.2% tahun ini. Lagi satu kedukaan adalah anak saya tidak mendapat 5A separti yang diharapkan disebabkan oleh subjek Bahasa Inggerisnya B. Tetapi saya redha atas ketentuan illahi. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalannya mendapat 5A dalam UPSR. Harap dia dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.
Sedang sibuk menganalisa keputusan UPSR semalam , saya terima satu sms berbunyi, " jannah( bukan nama sebenar) sedih sbb sain dapat b yg lain a -daripada 60137........". Setelah ditinjau beliau adalah salah seorang murid saya secara tidak formal. Terdetik hati saya bila membaca sms tersebut kerana adakah kerana saya mengajar dengan tidak betul menyebabkan murid tadi tidak mendapat A. Tetapi sepanjang pemerhatian saya, murid ini seorang yang bijak dalam sains tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi beliau. Saya hanya mampu memberi nasihat agar memohon semak semula keputusan, manalah tau ,,,, ada rezeki dia nanti. tetapi,,,,, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala. Itulah susahnya jadi cikgu,,,,, kalau anak tidak dapat keputusan seperti yang diharapkan , cikgu yang jadi mangsa. Tapi kalau anak berjaya,,,, memang anak saya pandai,,, .

PENGHARGAAN HUJUNG TAHUN

20/11/2009 - Hari ini berakhirlah sesi persekolahan 2009. Tahniah kepada yang berjaya dalam UPSR dengan mendapat 5A. Mereka yang dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga adalah Adeeb, Hakim, Rohin, Jagdeep, Jim, Wee Loon, Kelvin, Syazani, Lukman, Amin, Eddy dan Nazirul. Mereka ini telah mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini. Tahniah juga diucapkan kepada Afnan, Sayid dan Vignis kerana telah mendapat A dalam Sains walapun berada di kelas kedua. Tahniah juga kepada Lim Wee Hong, Wong Jun jie, Shanmugan dan Ahmad Akmal kerana lulus semua subjek . Nama-nama yang saya taip di atas ini telah mendapat habuan yang agak lumayan daripada Guru Besar, GPK 1 dan daripada admin sendiri.
Plak dan piala di atas pula admin terima kerana telah dipilih sebagai Pengurus Pasukan paling aktif dalam liga bola sepak profesional SK Montfort. Tahniah sekali lagi kepada yang berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun.

Saturday, November 14, 2009

KURSUS PEMBUGARAN GURU-GURU SAINS





12 NOVEMBER 2009 - Satu kursus Pemantapan Profesionalisme Guru-guru Sains Tahun 4 dan 5 Daerah Batu Pahat telah diadakan mengikut zon. Guru-guru didedahkan teknik-teknik yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains . Seramai 13 jurulatih terlibat dalam menjayakan program yang dinamakan Program MASA ( Matematik A Sains A) diketuai oleh Admin sendiri. Terima kasih kepada para JU kerana berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan program ini juga kepada semua peserta kursus agar apa yang diperolehi dapat digunakan untuk kepentingan anak-anak kita di sekolah.

Sunday, November 8, 2009

POKOK DAN KUMBANG!!!!!!

Pelik bukan, pokok dan kumbang...
Pokok dan kumbang ini saya paparkan pada hari ini kerana ianya sudah 25 tahun saya tak jumpa. banyak cerita tentang pokok dan kumbang ini.
Mula-mula tentang pokok ini. Nama pokok ini adalah pokok saga. Pokok ini telah membantu saya menjadi mahir dalam matematik (dulu dipanggil kira-kira). Mengapa saya kata demikian,, kerana pokok ini akan mengeluarkan buah dan apabila buahnya pecah akan keluarlah biji nya yang dinamakan biji saga. Sewaktu kecil saya sering mengutip biji-bij saga dan dibawa ke sekolah untuk digunakan sebagai bahan belajar matematik terutama dalam tambah dan tolak. Terpikir juga dalam fikiran saya beruntungnya anak-anak zaman kini dengan teknologi yang berkembang maju, tak perlu lagi mengutip biji saga. Ruginya akan-anak zaman kini ,kerana dah jarang atau mungkin tak pernah tengok pokok saga ini lagi.


Cerita yang kedua tentang kumbang ini. Namanya kumbang sagu / kumbang tanduk (panggilan saya lah) kumbang ini selalu dijumpai di rumah ayah saya sebab rumah kami bersebelahan dengan kebun sagu dan ianya mempunyai tanduk. Kumbang ini agak ganas sebab kakinya ada duri yang menyangkut pada pakaian kita bila terjatuh atas kita, kalau nak lepaskan punyalah susah sebab melekat pada durinya.

Tapi sekarang ini dah jarang kita temui kumbang ini mungkin kerana habitatnya dah tak ada lagi kot. Kumbang ini saya temui di dewan sekolah ,,,, dari mana datangnya ye, tak tu lah, mungkin tuhan nak saya kembalikan nostagila kisah-kisah silam.

Uniknya kumbang ini boleh di buat main.

Tak perlu lah saya terangkan macam mana nak bermain dengan kumbang ini,,
kalau ada sesiapa yang pernah bergurau senda dengan kumbang ini silalah komen,.................

PROUD TO BE IN BATU PAHAT


INILAH PANDANGAN INDAH DI BATU PAHAT
Mengapa saya suka tinggal di batu Pahat??????
Sebab............

kat sini lah saya bekerja...............
Tengoklah kehebatan orang Batu Pahat.

ADA BATU, BATU DIPAHATNYA.

ADA SIMPANG, SIMPANG DIRANTAINYA..

ADA AIR, AIR DIHITAMKAN

MINYAK PUN BOLEH DIBEKUKAN... MINYAK BEKU

MAKAN MI.. 'MI RACUN...'

ADA NASI BARYANI,,, TERUS DIGAMNYA
BARYANI GAM


SEKOLAH INI DI TONGKANG PECAH,,, BAYANGKAN TONGKANG PUN DIPECAHKAN

LAGI SATU SEKOLAH RENDAH,,, SK NASIB BAIK
SENTIASA BERNASIB BAIK SEKOLAHNYA


THATS WHY I LIKE TO STAY IN BATU PAHAT.

Wednesday, November 4, 2009