SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Sunday, November 8, 2009

POKOK DAN KUMBANG!!!!!!

Pelik bukan, pokok dan kumbang...
Pokok dan kumbang ini saya paparkan pada hari ini kerana ianya sudah 25 tahun saya tak jumpa. banyak cerita tentang pokok dan kumbang ini.
Mula-mula tentang pokok ini. Nama pokok ini adalah pokok saga. Pokok ini telah membantu saya menjadi mahir dalam matematik (dulu dipanggil kira-kira). Mengapa saya kata demikian,, kerana pokok ini akan mengeluarkan buah dan apabila buahnya pecah akan keluarlah biji nya yang dinamakan biji saga. Sewaktu kecil saya sering mengutip biji-bij saga dan dibawa ke sekolah untuk digunakan sebagai bahan belajar matematik terutama dalam tambah dan tolak. Terpikir juga dalam fikiran saya beruntungnya anak-anak zaman kini dengan teknologi yang berkembang maju, tak perlu lagi mengutip biji saga. Ruginya akan-anak zaman kini ,kerana dah jarang atau mungkin tak pernah tengok pokok saga ini lagi.


Cerita yang kedua tentang kumbang ini. Namanya kumbang sagu / kumbang tanduk (panggilan saya lah) kumbang ini selalu dijumpai di rumah ayah saya sebab rumah kami bersebelahan dengan kebun sagu dan ianya mempunyai tanduk. Kumbang ini agak ganas sebab kakinya ada duri yang menyangkut pada pakaian kita bila terjatuh atas kita, kalau nak lepaskan punyalah susah sebab melekat pada durinya.

Tapi sekarang ini dah jarang kita temui kumbang ini mungkin kerana habitatnya dah tak ada lagi kot. Kumbang ini saya temui di dewan sekolah ,,,, dari mana datangnya ye, tak tu lah, mungkin tuhan nak saya kembalikan nostagila kisah-kisah silam.

Uniknya kumbang ini boleh di buat main.

Tak perlu lah saya terangkan macam mana nak bermain dengan kumbang ini,,
kalau ada sesiapa yang pernah bergurau senda dengan kumbang ini silalah komen,.................

3 comments:

azman said...

biji buah saga? saya pertama kali berjumpa masa darjah 1 bila kawan bawa ke kelas untuk matematik.

dan saya hanya berjumpa dengannya kali ke 2 dua puluh tahun kemudian ketika di universiti. Kali ni berjumpa pokoknya skali...

kunizzul said...

aku pon ada guna biji saga ni time blaja skola rendah dulu..

Mohd Nizam said...

tapi zaman sekarang, murid murid dah guna mesin kira. tak jumpa dah biji saga kecuali yg tinggal kat kampung