Berakhir sudah majlis perkahwinan adik ipar saya. Penatnya bukan kepalang, tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kepada semua yang menjayakan majlis itu diucapkan ribuan terima kasih. Saya sekarang ini tengah edit video perkahwinan tersebut untuk dijadikan vcd. Gambar pengantin tidak dapat dipaparkan di sini kerana tidak dengan kebenaran pengantin. Satu-satunya gambar yang dibenarkan untuk dipaparkan adalah gambar di bawah. Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment