SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Sunday, March 30, 2014

Tugasan 6 oll sce 3112

Berdasarkan kedua-dua video tersebut bandingkan dan bincangkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam video tersebut. Kemudian cadangkan bagaimana penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas video tersebut.



Video 1
Video 2
Tajuk
Hidupan dan benda bukan hidup
Rantai makanan dan siratan makanan
Tempoh (duration)
2 minit 47 saat
4 minit 36 saat
Jenis
Penerangan
Menerangkan tentang proses hidup yang dijalani oleh benda hidup.
Interaksi
Berkaitan dengan rantai makanan dan siratan makanan.
Kekuatan
·      Penerangan tentang perbezaan berkaitan benda hidup dan benda bukan hidup yang diberikan jelas.
·      Disampaikan dengan menggunakan lagu.
·      Terdapat isi kandungan berkaitan tajuk di dalam lagu yang dinyanyikan.
·      Disampaikan secara bersahaja disamping penayangan video yang menunjukkan perbezaan benda hidup dan benda bukan hidup serta proses yang dijalani oleh benda hidup.

·      Penonton boleh berinteraksi dengan video tersebut.
·      Penyampaian yang diberikan jelas.
·      Terdapat penerangan turutan yang jelas berkaitan rantai makanan dan siratan makanan.
·      Ada penerangan berkaitan dengan pengeluar, pengguna dan ciri-ciri herbivor, Karnivor dan omnivor.
·      Suara yang diperdengarkan jelas  disamping gambar interaksi yang ditunjukkan memberikan penerangan yang lebih jelas.

Kelemahan
·      Lagu yang disampaikan terlalu laju.
·      Senikata lagu tidak disertakan.
·      Murid terpaksa memahami isi kandungan dengan memahami lagu yang disampaikan.
·      Banyak isi yang terpaksa dipelajari dalam masa video yang singkat durasinya.
·      Anak panah penunjuk bagi rantai makanan salah ditunjukkan (              ) bermaksud “dimakan oleh” tetapi ditunjukkan sebagai  (            ) ditunjukkan sebagai “ memakan”.

Penambahbaikkan
·      Lagu boleh ditukar dengan yang lebih perlahan dan sesuai dengan lagu kanak-kanak.
·      Senikata lagu sepatutnya ditunjukkan.
·      Isi kandungan sepatutnya dituliskan dengan jelas selepas tayangan video.
·      Penerangan yang lebih jelas dengan memberikan lebih banyak contoh boleh ditingkatkan.
·      Anak panah perlu diperbetulkan bagi mengelakkan miskonsepi dikalangan murid.

Sunday, March 2, 2014

cara mengambil bacaan termometer yang betul

2.    Seorang pelajar sedang mengukur suhu sejenis cecair organik. Tangan kanannya memegang bikar berisi cecair organik tersebut manakala tangan kirinya memegang termometer sambil mengacau cecair menggunakan termometer. Adakah pelajar tersebut telah melakukan cara yang betul dalam pengukuran suhu tersebut? Jelaskan jawapan anda.

      Jawapan

                       Prosedur yang dilakukan oleh pelajar tersebut adalah kurang tepat dalam mengambil pengukuran suhu bahan tersebut. Pelajar tersebut sepatutnya meletakkan bikar yang berisi cecair organik  tersebut di tempat yang rata supaya bikar tersebut stabil kedudukannya.

                     Mengacau menggunakan termometer adalah salah dari segi prosedur kerana fungsi termometer adalah bagi mengukur suhu dan bukan sebagai alat pengacau memandangkan sifat termometer itu sendiri yang  diperbuat daripada kaca yang nipis terutama di kawasan bebuli. Pelajar tersebut sepatutnya menggunakan rod kaca sebagai pengacau.

            Untuk mengambil bacaan termometer yang tepat, pelajar tersebut sepatutnya meletakkan bikar di tempat yang rata, menempatkan kedudukan termometer di dalam larutan tanpa bebuli termometer menyentuh dasar bikar bagi mengambil suhu yang tepat bahan tersebut.

                       Pelajar tersebut seharusnya merendahkan kedudukan mata beliau setentang dengan kedudukan aras atas meniskus merkuri termometer. Bacaan yang tepat perlu diambil bagi mendapatkan keputusan eksperimen sah .


Rajah Kedudukan bikar di atas meja.

Rajah bacaan termometer yang tepat


 

bahan pelarut organik

1.   Larutan yang disediakan menggunakan air sebagai pelarut disebut sebagai larutan akueus. Air yang digunakan dalam penyediaan larutan adalah air suling. Nyatakan pelarut organik organik lain yang iasa digunakan sebagai pelarut.

JAWAPAN

Larutan yang disediakan menggunakan air sebagai pelarut disebut sebagai larutan akueus. Air yang digunakan dalam penyediaan larutan adalah air suling. Selain daripada air suling, terdapat juga lain-lain bahan pelarut organik.
Sebelum huraian lebih lanjut tentang pelarut organik selain air suling, adalah lebih elok jika maksud bahan pelarut itu diterangkan di sini.
Pelarut adalah bahan yang boleh melarut benda-benda lain. Ia merupakan bahan persediaan terpenting, kegunaannya amat meluas di rumah dan dalam industri. Kebanyakan pelarut jenis organik yang mudah meruap, berada dalam keadaan gas pada suhu bilik dan apabila dihidu menyebabkan perubahan tahap kesedaran diri.
 Terdapat berbagai jenis bahan kimia komersial yang digunakan untuk mendapatkan kesannya. Walaupun secara amnya pelarut selamat digunakan untuk mencapai tujuan penggunaan sebenar namun sesetengah bahan kimia ini telah terbukti membahaya dan boleh mengakibatkan maut jika disalahgunakan. Barangan komersial ini mudah didapati dengan harga yang murah. Kegunaannya yang meluas menjadikan bahan ini sukar untuk dikuatkuasakan pembelian dan penggunannya. Berikut adalah beberapa jenis barangan yang mengandungi pelarut mudah meruap. 
Jenis barangan
Kandungan
Cecair pencuci
trikloroetilena, toluena
karbon tetraklorida,
tetrakloroetilena
1,1,1-trikloroetilena
Gam atau perekat
toluena, xilena, aseton
benzena, n-heksana
Petrol
hidrokarbon
plumbum tetra etil
Aerosol (penyembur)
fluorokarbon
Cecair pemetik api
butana
Cat akrilik
toluena
Cat, varnis, penipis `lacquer'
trikloroetana, metilena klorida
toluena,alkohol,keton
Simen getah
aseton, toluena, hidrokarbon
trikloroetina, heksana
Pewarna
aseton, metilena klorida
Pencuci pengilat kuku
aseton, amil asetat, alkohol

Selain itu terdapat juga bahan pelarut organik biasa yang digunakan secara meluas.
Antara bahan pelarut tersebut adalah :
1.   Alkohol – sejenis bahan pelarut organik yang digunakan secara luas. Ia merupakan pelarut serbaguna yang digunakan dalam berbagai produk daripada antiseptik dan sirap ubat batuk sehingga sebagai bahan pelapis dan perekat. Metanol merupakan alkohol yang sangat beracun yang digunakan dalam pembersihan kaca, pelarut shellac, pelarut zat warna, pelarut dakwat dan sebagai bahan tambahan untuk bahan bakar dan bahan pengekstrak minyak. Isopropanol digunakan dalam bidang kosmetik, perfume, bahan penyalut (coating), pembersih, larutan anti septik, sabun cecair dan ubat batuk.

2.    Etanol -  digunakan dalam pembuatan minyak wangi, krim pencukur rambut, dan pembersih. Sementara n-propanol digunakan secara meluas dalam industri dakwat pencetak untuk mengawal waktu penguwapan pelarut dan pengeringan dakwat. Propil alkohol, 1-propanol digunakan terutama dalam cairan rem, sebagai pelarut dan sebagai anti septik. Butanol digunakan sebagai pelarut dalam cat, industri varnish, rayon dan detergen.


Secara amnya pelarut ini adalah diperlukan dan selamat digunakan untuk tujuan yang baik dan betul. Namun sesetengah bahan kimia telah terbukti membahayakan dan mungkin boleh mengakibatkan maut apabila disalahgunakan. Memandangkan ianya agak mudah didapati, adalah dinasihatkan supaya pengguna lebih berhati-hati apabila menggunakan barangan yang mengandungi pelarut. Kecuaian boleh menyebabkan kemalangan.