2. Seorang pelajar sedang mengukur suhu sejenis
cecair organik. Tangan kanannya memegang bikar berisi cecair organik tersebut
manakala tangan kirinya memegang termometer sambil mengacau cecair menggunakan
termometer. Adakah pelajar tersebut telah melakukan cara yang betul dalam
pengukuran suhu tersebut? Jelaskan jawapan anda.
Jawapan
Prosedur yang dilakukan oleh pelajar tersebut adalah
kurang tepat dalam mengambil pengukuran suhu bahan tersebut. Pelajar tersebut
sepatutnya meletakkan bikar yang berisi cecair organik tersebut di tempat yang rata supaya bikar
tersebut stabil kedudukannya.
Mengacau menggunakan termometer adalah salah dari segi
prosedur kerana fungsi termometer adalah bagi mengukur suhu dan bukan sebagai
alat pengacau memandangkan sifat termometer itu sendiri yang diperbuat daripada kaca yang nipis terutama
di kawasan bebuli. Pelajar tersebut sepatutnya menggunakan rod kaca sebagai
pengacau.
Pelajar tersebut seharusnya merendahkan kedudukan mata beliau setentang dengan kedudukan aras atas meniskus merkuri termometer. Bacaan yang tepat perlu diambil bagi mendapatkan keputusan eksperimen sah .
No comments:
Post a Comment