SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Sunday, March 2, 2014

bahan pelarut organik

1.   Larutan yang disediakan menggunakan air sebagai pelarut disebut sebagai larutan akueus. Air yang digunakan dalam penyediaan larutan adalah air suling. Nyatakan pelarut organik organik lain yang iasa digunakan sebagai pelarut.

JAWAPAN

Larutan yang disediakan menggunakan air sebagai pelarut disebut sebagai larutan akueus. Air yang digunakan dalam penyediaan larutan adalah air suling. Selain daripada air suling, terdapat juga lain-lain bahan pelarut organik.
Sebelum huraian lebih lanjut tentang pelarut organik selain air suling, adalah lebih elok jika maksud bahan pelarut itu diterangkan di sini.
Pelarut adalah bahan yang boleh melarut benda-benda lain. Ia merupakan bahan persediaan terpenting, kegunaannya amat meluas di rumah dan dalam industri. Kebanyakan pelarut jenis organik yang mudah meruap, berada dalam keadaan gas pada suhu bilik dan apabila dihidu menyebabkan perubahan tahap kesedaran diri.
 Terdapat berbagai jenis bahan kimia komersial yang digunakan untuk mendapatkan kesannya. Walaupun secara amnya pelarut selamat digunakan untuk mencapai tujuan penggunaan sebenar namun sesetengah bahan kimia ini telah terbukti membahaya dan boleh mengakibatkan maut jika disalahgunakan. Barangan komersial ini mudah didapati dengan harga yang murah. Kegunaannya yang meluas menjadikan bahan ini sukar untuk dikuatkuasakan pembelian dan penggunannya. Berikut adalah beberapa jenis barangan yang mengandungi pelarut mudah meruap. 
Jenis barangan
Kandungan
Cecair pencuci
trikloroetilena, toluena
karbon tetraklorida,
tetrakloroetilena
1,1,1-trikloroetilena
Gam atau perekat
toluena, xilena, aseton
benzena, n-heksana
Petrol
hidrokarbon
plumbum tetra etil
Aerosol (penyembur)
fluorokarbon
Cecair pemetik api
butana
Cat akrilik
toluena
Cat, varnis, penipis `lacquer'
trikloroetana, metilena klorida
toluena,alkohol,keton
Simen getah
aseton, toluena, hidrokarbon
trikloroetina, heksana
Pewarna
aseton, metilena klorida
Pencuci pengilat kuku
aseton, amil asetat, alkohol

Selain itu terdapat juga bahan pelarut organik biasa yang digunakan secara meluas.
Antara bahan pelarut tersebut adalah :
1.   Alkohol – sejenis bahan pelarut organik yang digunakan secara luas. Ia merupakan pelarut serbaguna yang digunakan dalam berbagai produk daripada antiseptik dan sirap ubat batuk sehingga sebagai bahan pelapis dan perekat. Metanol merupakan alkohol yang sangat beracun yang digunakan dalam pembersihan kaca, pelarut shellac, pelarut zat warna, pelarut dakwat dan sebagai bahan tambahan untuk bahan bakar dan bahan pengekstrak minyak. Isopropanol digunakan dalam bidang kosmetik, perfume, bahan penyalut (coating), pembersih, larutan anti septik, sabun cecair dan ubat batuk.

2.    Etanol -  digunakan dalam pembuatan minyak wangi, krim pencukur rambut, dan pembersih. Sementara n-propanol digunakan secara meluas dalam industri dakwat pencetak untuk mengawal waktu penguwapan pelarut dan pengeringan dakwat. Propil alkohol, 1-propanol digunakan terutama dalam cairan rem, sebagai pelarut dan sebagai anti septik. Butanol digunakan sebagai pelarut dalam cat, industri varnish, rayon dan detergen.


Secara amnya pelarut ini adalah diperlukan dan selamat digunakan untuk tujuan yang baik dan betul. Namun sesetengah bahan kimia telah terbukti membahayakan dan mungkin boleh mengakibatkan maut apabila disalahgunakan. Memandangkan ianya agak mudah didapati, adalah dinasihatkan supaya pengguna lebih berhati-hati apabila menggunakan barangan yang mengandungi pelarut. Kecuaian boleh menyebabkan kemalangan. 

No comments: