15 Disember 2009 - Satu Mesyuarat Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor diadakan di Hotel Landmark Batu Pahat. Mesyuarat PLAN - J ini dihadiri oleh guru-guru Subjek Sains dan Matematik sekolah rendah dan menengah Negeri Johor. Intipati mesyuarat ini akan disebarluaskan kepada semua sekolah negeri johor tahun 2010.
Tuesday, December 15, 2009
Sunday, December 6, 2009
Wednesday, December 2, 2009
How to paint your house
Manusia-manusia kreatif sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mengecat rumah dengan imej 3D. sanggupkah anda mengecat rumah seperti ini ?
Tuesday, December 1, 2009
PENGANTIN PEREMPUAN
Berakhir sudah majlis perkahwinan adik ipar saya. Penatnya bukan kepalang, tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kepada semua yang menjayakan majlis itu diucapkan ribuan terima kasih. Saya sekarang ini tengah edit video perkahwinan tersebut untuk dijadikan vcd. Gambar pengantin tidak dapat dipaparkan di sini kerana tidak dengan kebenaran pengantin. Satu-satunya gambar yang dibenarkan untuk dipaparkan adalah gambar di bawah. Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
Friday, November 27, 2009
Kahwin
Bunga apa ? Bunga telur, Bunga apa ? Bunga Telur, Bunga apa ? Bunga telur laaaaaaaaaaaaaa. Musim cuti sekolah ini adalah musim orang buat kenduri kahwin . Peristiwa ini jugalah yang saya akan alami hari ahad nanti,,,, tapi bukan majlis untuk saya, tetapi majlis untuk adik ipar saya. Sebagai abg ipar saya kenalah bantu apa yang patut termasuklah mengikat telur pada bunga. Tapi kali ini tugas saya agak ringan sedikit kerana terdapat ramai askar ( anak buah ) termasuklah anak-anak saya membantu meringankan tugas. harap-harap hari ahad nanti cuaca cerah dan tetamu yang dijemput dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Tugas saya pada hari tersebut adalah merakamkan peristiwa. Tak payah jadi penanggah.
Wednesday, November 25, 2009
Epal Malaysia
EPAL DARI CAMERON HIGHLAND
Ini pula epal tanah rendah
Betul ke tidak nama buah ini 'epal' saya tak pasti kerana saya tidak pernah lihat pokok epal yang sebenarnya. Buah 'epal' ini saya perolehi daripada GPK 1 pada hari semalam . Menurutnya, pokok epal itu mengeluarkan buah seakan-akan buah epal yang sebenar. tetapi bila saya belah buah tersebut terdapat biji yang agak besar didalamnya dan ianya berbeza daripada buah epal sebenar. Rasa buah tersebut seakan-akan buah epal tetapi sedikit kelat. Walaubagaimana pun dapat juga saya rasa buah epal tanah rendah. Tak tahulah nama sebenar buah ini. kalau ada respond sangat-sangatlah dialu-alukan.
Sunday, November 22, 2009
HOUSE shell
Rumah cengkerang - kekadang kita tidak terfikir untuk membina rumah berbentuk cengkerang. Tetapi itulah hakikatnya, hanya orang-orang yang kreatif sahaja mampu melakukan dan yang paling penting adalah ongkosnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)