SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI SAYA, SILA TINGGALKAN KOMEN DI CHAT ROOM SUPAYA BOLEH SAYA MENINJAU BLOG KALIAN, TERIMA KASIH. Jika ada bahan yang boleh dikongsi bersama sila emelkan kepada saya di monizam2006@yahoo.com. kerjasama tuan puan sangat-sangat dialu-alukan demi masa depan anak-anak kita

Marquee

Cuba dengarkan ayat suci Al Quran

Advertisment

Friday, November 20, 2009

Cerita Sains UPSR

Keputusan UPSR telah diumumkan. Debaran di dada telahpun reda. Ada gembira ada duka. Terdapat 2 perkara yang merungsingkan saya berkenaan UPSR tahun ini. Perkara pertama adalah untuk menjaga prestasi Sains sekolah agar tidak jatuh merudum dan yang kedua adalah anak saya juga mengambil peperiksaan UPSR tahun ini.
Perkara yang menggembirakan saya ketika keputusan UPSR sekolah diumumkan adalah 29 orang murid telah berjaya mendapat A dalam sains tahun ini berbanding 26 sahaja pada tahun lalu. Perkara kedua yang menggembirakan saya adalah anak saya juga mendapat A dalam subjek sains.
Ada sedikit kedukaan menyelubungi saya ketika ini . Iaitu peratus lulus sains menurun iaitu 81 orang sahaja lulus sains tahun ini berbanding 90 orang pada tahun lalu. Peratus lulus sains juga turun daripada 87.4% turun kepada 86.2% tahun ini. Lagi satu kedukaan adalah anak saya tidak mendapat 5A separti yang diharapkan disebabkan oleh subjek Bahasa Inggerisnya B. Tetapi saya redha atas ketentuan illahi. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalannya mendapat 5A dalam UPSR. Harap dia dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.
Sedang sibuk menganalisa keputusan UPSR semalam , saya terima satu sms berbunyi, " jannah( bukan nama sebenar) sedih sbb sain dapat b yg lain a -daripada 60137........". Setelah ditinjau beliau adalah salah seorang murid saya secara tidak formal. Terdetik hati saya bila membaca sms tersebut kerana adakah kerana saya mengajar dengan tidak betul menyebabkan murid tadi tidak mendapat A. Tetapi sepanjang pemerhatian saya, murid ini seorang yang bijak dalam sains tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi beliau. Saya hanya mampu memberi nasihat agar memohon semak semula keputusan, manalah tau ,,,, ada rezeki dia nanti. tetapi,,,,, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala. Itulah susahnya jadi cikgu,,,,, kalau anak tidak dapat keputusan seperti yang diharapkan , cikgu yang jadi mangsa. Tapi kalau anak berjaya,,,, memang anak saya pandai,,, .

2 comments:

KUNTONG said...

Salam :
Tahniah kepada guru yang mengajar,juga kepada guru Sains seperti anda.Teruskan kerajinan anda utk anakbangsa. Wassalam

etuza said...

Salam sejahtera.
Nampaknya kita sama cikgu anak saya juga hanya B sains. Sebagai bapa yang mengajar sains tidak seharusnya ini berlaku, namun kita kena akur dan redha bahawa itulah kemampuan anak-anak kita. Kita syukuri apa yang ada. Tahniah cikgu dan tq follow etuza blog.
Salam see U